Pelancaran Dana Baru - DALI 3

Isnin lepas dalam kesibukan sempat jugak pergi kepelancaran dana Islamik terbaru dari CIMB Wealth Advisor iaitu CIMB Islamic DALI Equity Theme Funds (DALI 3). Ramai jugak consultants yang hadir dan seronok bila jumpa member member lama beralih arah dalam industri nih.

Orait kelebihan Dana ini ialah memfokuskankan kepada pasaran tempatan dimana Malaysia masih dianggap pasaran yang bagus untuk pelaburan. Dengan krisis sub prima yang masih menghantui pasaran terbesar Dow Jones, Malaysia masih dilihat sebagai pasaran yang tidak menerima kesan besar dari impak tersebut.

Sektor yang menjadi pilihan:-

  1. Minyak dan Gas - Harga minyak dunia dijangka tidak akan menurun ketika saya menulis ni harga pasaran minyak mentah dunia sudah mencecah sehingga USD100 setong.
  2. Perladangan (Plantation) - Dengan dasar Kerajaan tentang pertanian dan kewujudan kerperluan Biodiesel dijangka sektor ini akan mecatat pertumbuhan yang besar anda boleh  lihak indeks CPO (kayo Pak Di :wink: ) yang semakin meningkat sekarang ni.
  3. Retail (Peruncitan) -  Sektor ini juga dijangka menerima impak yang besar dengan kadar inflasi yang dianggap masih rendah dan kuasa beli yang semakin meningkat.
  4. Construction - Dengan pengumuman kerajaan mengwujudkan koridor raya ekonomi dari Utara, Selatan, Timur dan Barat sektor ini juga dijangka memberi impak yang besar.

 So jika berminat anda boleh mula melabur mulai 28 February 2008. Ada 2 cara untuk anda melabur :-

  1. Tunai (Cash) atau Regular Saving (Autodebit Akaun/Credit Card)
  2. EPF (malalui akaun 1 dan berumur 18 tahun keatas) 

 boleh hubungi saya melalui contact form, email atau sms or phone 019-364 9613

“Knowledge for Happy Investing”

  p/s : jangan lupa baca Kisah Bilis Dan Jerung Berenang.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Comments so far

  1. e Pemuda PAS on February 22nd, 2008

    banyak saya belajar ilmu daripada laman ini.

    terima kasih. :)

  2. taza on February 25th, 2008

    Terima kasih :smile:

  3. […] : Dana Dali 3 dijual macam goreng pisang panas…Saiz Dana telah ditambah dari RM600 juta ke RM900 juta. So […]

  4. Nash on March 19th, 2009

    Having a credit card these days is like having a double-edged sword - it cuts on both sides. Although there are good points of having a credit card, we need to be careful so that the debt can be managed.

    Save, Make Money and Invest!

    United Against Recession!

Leave a reply