Harga Minyak Naik Lagi
Salam Sejahtera..
Semalam sedang sibuk bekerja talian hayat sms saya berbunyi “malam ni minyak naik 78 sen” dan macam biasa malas nak layan sebab tak tau betul…kemudian masa nak balik member pun cakap “Ha! malam ni jangan lupa isi minyak”…malas jugak nak layan “Ah rumors jer tu kalo naik takkan sampai 78 sen….”. Oleh sebab hujan lebat patah balik masuk opis kemudian dengar radio Era kalo tak silap dengar Pak Lah buat annoucement “Hah confirm minyak naik”….Malam tadi tengah tengok berita member yang jumpa kat opis tadi sms “tengah isi minyak ker?” macam hampeh!!!! memang dapat saya membayangkan muka nyer yang sinis tu!! cis…saya balas “tak tengah tengok wayang..ha ha…”
Itu adalah sebahagian rakaman semasa berita kenaikan harga minyak tersebar luas. Dan saya pasti hari ini rata rata orang sama ada kedai, opis, blog atau forum akan bercerita tentang kenaikan harga minyak. Ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif dan tentunya rata rata tidak bersetuju.
Ada rakan blog yang memberi cadangan bagaimana untuk menangani masalah ini. Bagi saya pula nampaknya memang masanya untuk membuat perubahan didalam perbelanjaan seperti yang dinyatakan. Perubahan juga bukan dari segi perbelanjaan tetapi dari segi pendapatan. Saya rasa kedua dua memain kan peranan untuk mengerakkan ekonomi kita sendiri. Jika terlalu defansive terhadap perbelanjaan tanpa mengambil langkah aggresive untuk meningkatkan pendapatan tidak bermakna juga selama mana kita akan dapat bertahan sahaja.
Apapun mula lah merancang dari sekarang tidak kira apa pun langkah yang anda ambil biarlah ia sesuai dengan anda. Mungkin juga sekarang masa yang sesuai untuk anda mula laburkan wang anda atau mula membeli alat penjimat minyak jadi fikir fikirkan lah ![]()
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!









