Salam sejahtera,
Ada permintaan minggu lalu dari seorang sahabat untuk saya menulis tentang jenis jenis dana yang terdapat didalam Unit amanah di Blog saya ini. Mungkin ramai juga yang ingin tahu apakah jenis jenis Dana yang boleh dilaburkan didalam pelaburan anda. Ya mungkin juga apabila disebut tentang dana dana ini anda sudah tahu dimanakah dana ini akan melaburkan wang anda dan apakah tahap risiko atau pulangan yang boleh anda jangkakan.
1) Small Cap Fund.
Dana ini adalah dana yang paling aggresive dimana dana dana ini akan dilaburkan kedalam syarikat syarikat kecil yang belum lagi berkembang tetapi mempunyai potensi untuk menjana keuntungan menurut analisis pengurus dana. Biasanya syarikat syarikat ini masih belum stabil berbanding syarikat syarikat besar.
2) Dana Equity
Dana ini biasanya amat popular dan menjadi tumpuan promosi para consultant kerana dana ini biasanya mampu memberi pulangan yang baik kepada pelabur pelabur. Dana ini biasa akan dilaburkan didalam pasaran equity diBursa Saham. Biasa dana dana ini akan dilaburkan didalam syarikat syarikat yang sudah besar yang sudah mempunyai nama dan mampu memberi pulangan dalam bentuk dividen. Dana ini terbahagi kepada dua
a) Equity Tempatan (local)
b) Equity Luar (Global)
3) Dana Indeks
Dana ini berkait rapat dengan dana equity dimana prestasi dana amat berkait rapat dengan prestasi Indeks di Bursa Saham. Jika prestasi Bursa saham meningkat prestasi dana turut mengikut dan sebaliknya.
4) Pasaran Wang (Money Market)
Dana jenis ini menghadkan portfolio pelaburan kepada pasaran wang sahaja dan mempunyai risiko paling rendah contoh seperti pinjaman institusi kewangan, sekuriti kerajaan dan lain lain lagi. Pelaburan jenis ini boleh disamakan dengan simpanan
deposit tetap. Biasa dana ini digunakan oleh para pelabur untuk “parking”(switching)
sementara pelaburan mereka sebelum memasuki semula pasaran yang lain.
Dan pulangan dari pelaburan ini biasanya rendah.
5) Bond
Dana ini juga adalah lebih kurang sama dengan pasaran wang dimana ianya juga dilaburkankedalam jaminan wang kerajaan (bond) yang biasanya tidak memberikan pulangan yang tinggi Bagi pelabur biasa memang agak sukar untuk membeli bond bond ini kerana biasa ianya memerlukan modal permulaan yang agak besar.
Allrite so rasanya cukup untuk hari ini danakan datang maybe saya akan cerita plak tentang dana dana yang mengabungkan lain lain instrument untuk menjana pulangan dan mungkin bersesuaian dengan citarasa anda.
“Happy Investing”
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!