Mawi dan Ekin Kahwin

Apa kena mengena Mawi dan Eki kahwin dengan blog saya ni…tak der cuma nak ucap tahniah jer dah jenuh dari semalam Pak Cik Omar, Mak Senah malah cleaner pun dok citer pasal diorang ni. Kat surat khabar dan TV penuh cerita pasal ni dan terlepas jugak blog blog yang menyiarkan gambar dan berita.

Saya suka Mawi ni kerana “tag line”  dia Mawi “World”. Dengan tagline ini lah saya tengok Mawi semakin berkembang dan berjaya malah program penjelajahan beliau ke bumi ambia, korea, london membuktikan betapa berhantunyer tagline dia sampai membolehkan Mawi sampai ketempat yang saya rasa satu masa dulu dia tak penah terpikir sampai kesana.

Sebab tu kalo ada yang penah tengok CD “The Secret” akan paham betapa penting nyer aura psoitif sentiasa ada dalam apa bidang yang kita ceburi..dan saya semakain mengerti mengapa Jutawan Irfan Khairi tidak mahu membaca suratkhabar dipagi hari…

So anda camana mungkin perniagaan internet anda sekarang ni sedang berkembang maju jadi mengapa tidak meng “world” kan dia kepasaran luar jika tidak berpengalaman maybe tulisan saya tentang kuasa lelong boleh dijadikan panduan dan permulaan keperingkat antarabangsa…

kepada Mawi semoga anda dan saya terus “World” dan Selamat Pengantin Baru dari blog saya…yosh!!!

Kelahiran Semula Pemasaran Rangkaian

Sebelum ini saya telah membuat ulasan tentang kematian pemasaran rangkaian. Kini yang terbaru Mike Filsme dan Dr Ellie Drake telah mengeluarkan satu laporan The Birth Of Network Marketing juga secara percuma cuma kali ini anda tidak akan dibayar jika menyebarkanya sebaliknya anda akan mendapat pelbagai bonus dalam bentuk audio oleh Dr Ellie sendiri dan Mike Filsme.

Laporan setebal 28 muka surat kali ini menerangkan cara pemasaran yang ingin disampaikan oleh Dr Ellie. Pada saya cara ini sebenarnya telah mula dipraktikkan oleh kebanyakan IM international dan juga Malaysia cuma tidak ada seorang pun ingin mengupas isu ni dengan lebih terperinci.

Apabila saya membaca saya suka memandang dalam skop yang luas dan tidak terbatas dalam satu bidang sahaja. Semua bidang yang mempunyai agensi pemasaran patut membacanya. Sebabnya sistem yang diperkata sememangnya sudah ada cuma kita jarang menggunakan secara optimum dan profesional.

Anda boleh dapatkan laporan ini disini

p/s : Laporan ini sesuai dibaca setelah anda membaca Laporan kematian pemasaran rangkaian.

Pemasaran Rangkaian

Sebenarnya sudah beberapa hari saya habis membaca laporan The Death of Internet Marketing. Nampaknya Dr Ellie telah mengupas isu ini dengan sangat berkesan tentang apa yang beliau maksudkan dengan kematian pemasaran rangkaian (networking).  Jangan tersalah anggap apabila membaca tajuk yang diberikan.

Apa yang boleh saya ulas tentang pendapat Dr Elli ini, pemasaran rangkaian ini akan benar benar mati jika ianya tidak diberi nafas baru, inovasi baru seiring dengan perkembangan semasa. Bukan maksudnya pemasaran cara lama itu tidak berkesan tetapi ianya mestilah seiring dengan kemajuan yang akan berlaku pada masa hadapan.

Saya melihat apa yang diperkatakan oleh Dr Ellie ini sebenarnya sedang berkembang dinegara kita. Penggunaan Internet sebagai sumber networking akan menjadi dimensi baru dalam pemasaran rangkaian. Ini juga dapat kita lihat dimana syarikat MLM pada masa ini sudah mula membangunkan laman web masing masing untuk memberi informasi terkini tentang perniagaan mereka. Agen agen yang pandai mengambil peluang akan membangunkan web penajaan masing masing untuk membuka peluang ahli ahli mengembangkan rangkaian mereka. Itu adalah salah satu contoh pemasaran rangkaian dan ianya tidak terhad kepada Industri MLM sahaja. Industri yang memerlukan network client juga boleh memggunakan teknik seperti Insurans, Banking, Unit trust dan lain lain.

Istilah baru yang diperkenalkan oleh Dr Ellie didalam laporan ini ialah Netweb Marketing dimana internet adalah satu cara bagaimana pemasaran rangkaian boleh dijalankan dengan mudah dan menjimatkan masa disamping tidak mengetepikan kerberkesanan “off- line” marketing.

p/s : Jika anda ingin membaca sendiri laporan setebal 45 muka surat ini anda boleh dapatkan disini.

p/s/s : Anda mungkin mempunyai pendapat yang lain dari pandangan saya di atas atau ingin menambah apa yang tidak disentuh boleh kongsi ngan saya dan pembaca lain di ruangan comments.