Inflasi..Inflasi..Inflasi
Selalu gak kita dengar orang berkata tentang inflasi nih. Yup ianya berkaitan dengan kenaikan harga barang sejak mutakhir ni. Inflasi juga menyebabkan kuasa beli yang ada ditangan kita semakin merosot. Yang paling ketara apabila berlakunya inflasi ialah bila time minyak naik
dan gaji naik dengan secara tak langsung harga barang pun naik…ohhh..
Ada 2 jenis inflasi
- Inflasi yang diumumkan oleh kerajaan dan biasanya cara pengiraan inflasi cara ini ialah dengan mencampurkan pendapatan seluruh isi rumah seluruh Malaysia dengan mengambil kira hanya purata saja, selain itu hanya barang barang kawalan saja yang diambil kira didalam pengiraan sepert gula, tepung, minyak masak dan lain lain barang. Kadar inflasi yang diumumkan biasa sekitar 2% - 5%.
- Inflasi yang kedua dan mendatangkan impak yang sebenar kepada kehidupan kita ialah inflasi gaya hidup. Ini dapat kita lihat dibandar bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan lain lain lagi. Kalo dulu kita mungkin minum kopi dirumah yang dihidangkan oleh mak atau isteri kita mungkin dengan kos hanya RM0.30 kini dan meningkat pada RM10++ sebab sekarang ni ketagih minum kopi starbuck. Jadi secara tak langsung meningkat kos sara hidup yang tinggi untuk menampung gaya hidup kita yang semakin tinggi.
Oleh sebab itu bukan saja anda malah saya juga mengeluh bila mana melihat kos sara hidup yang makin meningkat dan memikirkan bagaimana ingin terus bertahan dalam keadaan ini. Salah satu cara ialah menambah pendapatan atau mintak gaji naik supaya ianya setara dengan kos. Bagi yang menyimpan sudah tentu anda memikirkan bagaimana untuk menggandakan wang simpanan supaya tidak ditelan inflasi…
Oh ya jika sebelum ini saya ada menggunakan Rule 72 untuk mengandakan wang maka rule ini juga boleh digunakan untuk mengira bilakah nilai wang kita akan menjadi setengah. Contoh RM1000 simpanan kita dengan kadar inflasi 5% maka 72/5 = 14.4 atau lebih kurang 15 tahun nilai simpanan kita hanya bernilai RM500 sahaja.
So jika berminat untuk menggandakan nilai simpanan anda boleh hubungi saya kerana saya ingin memperkenalkan produk yang sangat innovatif yang boleh memberi pulangan 10% - 15% setahun dan saya begitu komited untuk membantu anda menggandakan simpanan atau mencapai kebebasan kewangan
p/s : tidak lupa juga saya nak ucapkan tahniah kepada kesemua Pemenang kerusi Pilihan Raya Negeri atau Parlimen..so kuasa sudah ditangan gunakan sebaik baiknya…

Posted March 9, 2008
Comments(4)




