Sistem Saham

Salam hebat buat pembaca semua :wink:

Agak lama tak menulis di blog ni. Kalo bercerita saya masih asyik mempromosi perniagaan Score A yang sedang meningkat naik sekarang ni. Walopun asyik dengan Perniagaan Score A saya tetap tak lupa dengan pelaburan saham. Oh ya kalo anda tak tau saya masih lagi Unit Trust Consultant bagi pelaburan unit amanah boleh lawati www.murtazaosman.com untuk tip percuma.

Baru baru ni rakan Internet saya telah mengeluarkan satu sistem bagaimana untuk melabur di Bursa Malaysia. Jika anda pernah melabur di Bursa tapi asyik rugi aje, saya amat menyarankan anda memiliki sistem ini. Ianya bukan satu sistem atau indicator yang terlalu susah untuk difahami dan digunakan. Sistem ini membantu anda membuat analisa secara Technical Analisis so anda tak perlu pening nak fikir pasal candle stick, joy stick dan tah apa benda stick yang memang agak memeningkan.


  

Tapi saya harus juga memberitahu anda bahawa bukanlah dengan mendapatkan sistem ini anda mendapat jaminan yang bila melabur anda akan untung 100%, 200% atau 300% serta merta atau dalam masa singkat.

Harga sistem ini hanyalah RM80.00 saya rasa berbaloilah dengan ilmu yang anda dapat. Saya yakin jika anda praktikan apa yang anda  pelajari anda akan mendapat pulangan dalam masa yang singkat. Tak perlu modal yang besar sebenarnya untuk melabur dipasaran saham ni..ok jumpa nanti…

p/s : Jika anda berminat untuk menjadi ejen jualan bagi sistem ini anda daftar percuma disini

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas!

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa Anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
———————————————————————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang  tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
——————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ?wang kertas Iraq? yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
——————————————
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Ok anda dah lihat akan kelebihan emas sebagai sumber pelaburan yang utama bukan?

Mungkin anda belum faham sepenuhnya lagi mengenai ilmu pelaburan emas ini.

Oleh sebab itulah Team Rahsia Emas menyediakan satu panduan atau ilmu mengenai pelaburan emas ini. Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai ilmu pelaburan emas ini? Terus saja ke laman web di bawah untuk mendapatkannya:
 

Pelaburan Emas

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tip Melabur dalam Unit Trust

Tip Melabur Unit TrustSalam Semua,

Agak lama juga saya tak bercerita tentang Unit Trust atau disebut juga Saham Amanah didalam web saya ni. Ni disebabkan saya sudah pun ada blog yang khusus di www.murtazaosman.com/info untuk membicarakan tentang pelaburan unit trust atau unit amanah ini. Mungkin ramai dah mula membuka mata tentang pelaburan ini tapi saya rasa masih ramai yang diluar sana tidak tahu lagi mengenai kelebihan pelaburan ini…

Oklah untuk tidak menghampakan saya ada menulis beberapa tips untuk pelaburan ini yang mungkin boleh membantu anda. Pada mulanya saya fikir hendak meletakkan harga bagi tips yang saya buat dalam bentuk ebook ini…..tapi setelah difikirkan saya rasa baik diberi percuma kerana ianya mungkin dapat membantu anda memahami tentang pelaburan ini..

Tips laporan ini sepatutnya saya keluarkan awal tahun yang lalu tapi terpaksa di tangguhkan ada beberapa perkara yang harus saya settlekan dulu…sekarang rasanya saya dah bersedia untuk menyebarkanya…bagi yang dah mendaftar di www.murtazaosman.com anda tak perlu daftar lagi, bagi yang belum anda daftar dulu disana dan saya akan berikan tip panduan ini nanti…ok so tunggu…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Long Terms Savings (LTS)


Salam Semua,

Ok sempena pelancaran Mentor Jutawan ni jom kita sambung cerita tentang tabungan mudah yang boleh anda lakukan kearah matlamat anda untuk menjadi seorang jutawan dan bebas kewangan.

Tabungan kedua yang perlu anda wujud, kita namakan ia long terms saving. Akaun ini adalah untuk kegunaan dimasa kecemasan, insurans, simpanan untuk anak dan lain lain yang anda fikirkan perlu. Jika mahu anda boleh wujudkan 2 tabungan yang berbeza bagi akaun ini. Berbeza dengan FFA anda tidak boleh usik duit tersebut melainkan untuk tujuan pelaburan akaun ini adalah untuk masa kecemasan dan pada saya ialah akaun back up untuk anda apabila diperlukan.

Berapakah peratusan boleh anda letak? dicadangkan sebanyak 10% dari jumlah wang yang anda terima. Dan jika anda bercadang untuk wujudkan 2 tabung maka setiap tabung ialah 5%.

Bacaan lain :

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »