Opt In Design untuk Squeeze Page

Sebelum ini saya ada menyentuh topik bagaimana kita hendak membina tentera-tentera yang boleh bekerja untuk kita. Hari ini saya cuba mengupas topik bagaimana hendak mempromosi program affiliate yang anda sertai. Ada banyak cara sebenarnya saya cuma ingin mengupas satu sahaja disini iaitu melalui opt in list dari squeeze page anda. Squeeze page ini adalah laman web yang anda bina untuk mengumpulkan alamat email sama ada dari pelanggan, prospect, bakal pembeli, peminat, pembaca blog anda dan macam macam lagi.

Kebiasaannya untuk mendapatkan alamat email bakal pelanggan anda biasanya ada sesuatu yang ditawarkan untuk ditukarkan dengan alamat email anda seperti ebook percuma, report percuma, kupon percuma, priview ebook percuma dan macam macam lagi yang anda rasa ianya bermanfaat dan pelanggan atau pembaca berasa teruja untuk memilikinya dan tanpa segan silu untuk memberikan anda email mereka secara percuma.

Bayangkan jika anda mempunyai senarai “mailing list” yang ramai contoh 10,000 orang. Anda mempromosikan sesuatu produk affiliate yang beharga RM50 dan anda mendapat RM20 sebagai komisyen jualan. Jom kita kira katakan dari 10,000 hanya 5,000 saja yang membeli  :-

5000 x RM20 (Komisyen anda) = RM100,000.00

Ho ho RM100,000.00 tanpa sebarang produk yang anda hasilkan cuma promosi sahaja. Jadi disinilah satu kelebihan mempunyai mailing list yang besar dan responsive. Untuk mengumpul mailing list seramai itu anda juga mesti mempunyai taraf kesabaran tahap gaban (yang tinggi) kerana ia mengambil masa. Salah satu contoh yang boleh saya berikan disini ialah Squeeze pagi dari Video Percuma kepunyaan Zamri Nanyan dan Mohd Suffian anda boleh teliti dan tiru cara mereka disamping mengumpul list mereka juga mempromosikan produk affiliate.

50.2% Squeeze Page Conversion Increase - For FREE!

Jadi bagaimana ingin membina Squeeze page yang mempunyai design yang menarik saya sendiri tidak tahu tetapi jika anda berminat saya syorkan anda lawati Opt In Design kepunyaan saudara Kidino salah seorang IM yang bergerak cergas diperingkat antarabangsa. Beliau juga bermurah hati untuk memberi anda 2 opt in design secara percuma jika anda mendaftar menjadi ahli so anda boleh lawati opt in design.com untuk maklumat lanjut.

 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!