Mas Kahwin

Hello Salam Semua.

Ketika artikel ini keluar saya sedang bercuti kahwin ho ho aik bukan dah kahwin ke??? No 2 ekkk??? Ho ho tak lah masih yang sama la sajer je saya ambil cuti sebab biasalah kan musim cuti sekolah ramai yang amik kesempatan untuk mendirikan rumahtangga dan tak terkecuali adik sepupu saya. Oleh kerana orang rumah saya memang pakar pasal make-up me make-up nih jadi secara tak langsung saya akan mengambil tugas jadi baby siter lah pulak. Jadi sebelum bercuti saja automatikkan tulisan nih satu kelebihan blog wordpress yang saya suka.

Hari Rabu yang lalu kalo sapa tengok 360 di TV3 isu hantaran kahwin menjadi isu yang hangat. Memang belanja kahwin sekarang ni bukan macam dulu. Kata kata seorang mamat kat dalam TV tuh bahawa camana nak kahwin kalo hantaran kahwin jer dah RM10,000 tuh belum masuk part kenduri kendara dan pembelian barang hantaran. So kalo keja pun gaji diterima bawah RM1000 camana nak simpan buat duit hantaran kalo keluarga belah pompuan mintak banyak tuh..(hendak seribu daya ye tak).

Itulah dilema sekarang ni nak salahkan keluarga perempuan yang meminta tak boleh jugak kalo nak dibanding harga barang sekarang nih memang dah mahal.  Mungkin tips-tips ni boleh jugak diguna pakai untuk menjimatkan belanja kahwin.

  1. Berbincang dulu ngan bakal isteri/keluarga berapa hantaran yang mampu anda bagi.
  2. Buat Majlis sekali jer pilih sama ada rumah pengantin lelaki atau perempuan atau ditengah tengah kat dewan ker.
  3. Beli/beri barangan hantaran yang biasa biasa jer tapi nampak branded.
  4. Jangan bergayut kat talipon lama lama
  5. Ha apa kata pembaca plak bagi pendapat……..?

Berita baik untuk bakal pengantin ataupun yang plan nak kawin tahun depan boleh cuba laburkan wang RM15.00 untuk mengetahui bagaimana cara yang lebih bagus beserta perancangan kewangan sekali untuk mengumpul wang buat belanja kahwin.