Khidmat Masyarakat
Simpati !!! itulah dapat saya gambarkan apabila berkunjung kerumah kanak kanak Tunku Budriah di Cheras Sabtu lalu. Ketika kebanyakan kanak kanak diluar berada di Sekolah dan mendapat segala keperluan masih ada yang memerlukan bantuan dan kasih sayang yang saya rasa amat jarang mereka rasai.
Walaupun banyak badan Koporat dan Individu yang menghulurkan sumbangan tapi pada saya mereka masih kekurangan kasih sayang, perhatian, belaian dan lain lain lagi yang ada pada seorang kanak kanak. Yang tidak tahu apa erti kehidupan.
Selama 8 jam bersama mereka tidak ada yang lebih mengembirakan mereka melainkan ada insan insan yang mampu melayan kerenah mereka yang kadangkala agak lucu juga pada penglihatan saya.
Kini saya sudah dapat merasai nikmatnya apabila dapat membantu orang lain yang memerlukan dan lebih faham mengapa ramai yang ingin membantu dan menghulurkan bantuan. Mereka amat menghargai, memerlukan perhatian dan kita dapat lihat seolah olah mereka lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Doa saya untuk mereka supaya menjadi insan yang berguna dimasa hadapan……..
p/s : tak dapat nak sertakan gambar kerana tidak dibenarkan

Posted January 28, 2008
Comments(0)




