Harga Minyak Naik Lagi

Salam Sejahtera..

Semalam sedang sibuk bekerja talian hayat sms saya berbunyi “malam ni minyak naik 78 sen” dan macam biasa  malas nak layan sebab tak tau betul…kemudian masa nak balik member pun cakap “Ha! malam ni jangan lupa isi minyak”…malas jugak nak layan “Ah rumors jer tu kalo naik takkan sampai 78 sen….”. Oleh sebab hujan lebat patah balik masuk opis kemudian dengar radio Era kalo tak silap dengar Pak Lah buat annoucement “Hah confirm minyak naik”….Malam tadi tengah tengok berita member yang jumpa kat opis tadi sms “tengah isi minyak ker?” macam hampeh!!!! memang dapat saya membayangkan muka nyer yang sinis tu!! cis…saya balas “tak tengah tengok wayang..ha ha…”

Itu adalah sebahagian rakaman semasa berita kenaikan harga minyak tersebar luas. Dan saya pasti hari ini rata rata orang sama ada kedai, opis, blog atau forum akan bercerita tentang kenaikan harga minyak. Ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif dan tentunya rata rata tidak bersetuju.

Ada rakan blog yang memberi cadangan bagaimana untuk menangani masalah ini. Bagi saya pula nampaknya memang masanya untuk membuat perubahan didalam perbelanjaan seperti yang dinyatakan. Perubahan juga bukan dari segi perbelanjaan tetapi dari segi pendapatan.  Saya rasa kedua dua memain kan peranan untuk mengerakkan ekonomi kita sendiri. Jika terlalu defansive terhadap perbelanjaan tanpa mengambil langkah aggresive untuk meningkatkan pendapatan tidak bermakna juga selama mana kita akan dapat bertahan sahaja.

Apapun mula lah merancang dari sekarang tidak kira apa pun langkah yang anda ambil biarlah ia sesuai dengan anda. Mungkin juga sekarang masa yang sesuai untuk anda mula laburkan wang anda atau mula membeli alat penjimat minyak jadi fikir fikirkan lah :cool:

Inflasi..Inflasi..Inflasi

Selalu gak kita dengar orang berkata tentang inflasi nih. Yup ianya berkaitan dengan kenaikan harga barang sejak mutakhir ni. Inflasi juga menyebabkan kuasa beli yang ada ditangan kita semakin merosot. Yang paling ketara apabila berlakunya inflasi ialah bila time minyak naik :smile: dan gaji naik dengan secara tak langsung harga barang pun naik…ohhh..

Ada 2 jenis inflasi

  1. Inflasi yang diumumkan oleh kerajaan dan biasanya cara pengiraan inflasi cara ini ialah dengan mencampurkan pendapatan seluruh isi rumah seluruh Malaysia dengan mengambil kira hanya purata saja, selain itu hanya barang barang kawalan saja yang diambil kira didalam pengiraan sepert gula, tepung, minyak masak dan lain lain barang. Kadar inflasi yang diumumkan biasa sekitar 2% - 5%.
  2. Inflasi yang kedua dan mendatangkan impak yang sebenar kepada kehidupan kita ialah inflasi gaya hidup. Ini dapat kita lihat dibandar bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan lain lain lagi. Kalo dulu kita mungkin minum kopi dirumah yang dihidangkan oleh mak atau isteri kita mungkin dengan kos hanya RM0.30 kini dan meningkat pada RM10++ sebab sekarang ni ketagih minum kopi starbuck. Jadi secara tak langsung meningkat kos sara hidup yang tinggi untuk menampung gaya hidup kita yang semakin tinggi.

Oleh sebab itu bukan saja anda malah saya juga mengeluh bila mana melihat kos sara hidup yang makin meningkat dan memikirkan bagaimana ingin terus bertahan dalam keadaan ini. Salah satu cara ialah menambah pendapatan atau mintak gaji naik supaya ianya setara dengan kos. Bagi yang menyimpan sudah tentu anda memikirkan bagaimana untuk menggandakan wang simpanan supaya tidak ditelan inflasi…

Oh ya jika sebelum ini saya ada menggunakan Rule 72 untuk mengandakan wang maka rule ini juga boleh digunakan untuk mengira bilakah nilai wang kita akan menjadi setengah. Contoh RM1000 simpanan kita dengan kadar inflasi 5% maka 72/5 = 14.4 atau lebih kurang 15 tahun nilai simpanan kita hanya bernilai RM500 sahaja.

So jika berminat untuk menggandakan nilai simpanan anda boleh hubungi saya kerana saya ingin memperkenalkan produk yang sangat innovatif yang boleh memberi pulangan 10% - 15% setahun dan saya begitu komited untuk membantu anda menggandakan simpanan atau mencapai kebebasan kewangan :smile:

p/s : tidak lupa juga saya nak ucapkan tahniah kepada kesemua Pemenang kerusi Pilihan Raya Negeri atau Parlimen..so kuasa sudah ditangan gunakan sebaik baiknya…