Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/taza

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/taza  untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Projek Rahsia Paypal

Salam Semua,

Insyallah dalam 2 hari lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang beragama Islam semoga Hari Raya yang bakal menjelma ini merupakan yang terindah buat kita semua chee waaah..

So, sebelum semua cuti berhari raya saya suka nak umumkan bagi yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Paypal bersama saya dan beberapa lagi nama besar dalam dunia IM anda boleh start melayari www.rahsiapaypal.ws dan jangan lupa untuk sign up juga ya.

Anda juga mungkin berpeluang untuk menjana pendapatan seperti dibawah dengan syarat anda mendapat bimbingan berterusan dari team Rahsia Paypal dan pastikan juga anda tidak terlepas peluang menjana pendapatan melalui Paypal ini.

Ok sampai berjumpa lagi berhati hati memandu untuk pulang ke Kg dan saya doakan anda sampai ke destinasi dengan selamat dan jangan lupa juga untuk melayari www.rahsiapaypal.ws dan sign up.

p/s : mesej dari team Rahsia Paypal.

  1. Antara yang membuat liputan tentang Rahsia Paypal ini ialah Radio Ebay.
  2. Anda tidak keseorangan ikut saja pelan yang kami cadangkan anda pasti berjaya.
  3. Untuk berjaya berkawanlah seramai mungkin dengan mereka yang telah berjaya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Menjana $$$$ di eBay!

Panduan Menjana $$$$ di eBay!Salam Sejahtera dan Salam Hormat,Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan diharap anda membaca sehingga ke akhir muka surat.Saya tahu, mungkin selama ini anda hanya mendengar kehebatan mereka menjual produk di eBay kemudiannya meraih keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan. Anda juga pasti pernah mendengar mereka ini menjalankan perniagaan internet dari rumah (SOHO) menjual produk tanpa mengenali siapa pelanggan mereka malah mereka juga tidak pula berhenti kerja semata-mata meraih pendapatan lumayan di internet.

Hari ini, saya akan membongkar segala rahsia berserta panduan bagaimana penjual-penjual di eBay meraih pendapatan bermula RM10 sehari yang pertama kemudian meningkat kepada RM300 sehari. Anda juga akan ketahui bagaimana pendapatan mereka ini mencecah lebih RM5,000 sebulan dengan hanya menjual barangan yang mungkin tidak masuk diakal fikiran.


BENAR!

Apa yang saya akan kongsikan ini wajar dipraktikkan dan selepas ini anda lihat bagaimana ledakan wang masuk ke dalam akaun anda.

Sebelum anda pergi kepada teknik memperolehi pendapatan mencecah RM30,000 sebulan atau RM1,000 sehari…

Amat penting untuk anda ketahui adalah walaupun tanpa sebarang pengetahuan teknikal komputer, tiada kemahiran berbahasa inggeris dan tiada asas perniagaan internet, sesiapa juga layak untuk memulakan berbisnes di eBay dengan modal yang kecil. Sekecil 20 sen!*

Saya percaya bahawa panduan dan rahsia yang akan dibongkarkan ini bakal membantu anda. Saya sentiasa percaya bahawa barangsiapa yang mengikuti segala panduan di dalam laporan ini pasti akan berjaya. Tetapi, sesiapa sahaja boleh mempercayainya dengan apa yang mereka usahakan, yang memberi perbezaan adalah hasilnya!

Setelah setahun saya mendiamkan diri dari bergiat secara serius di eBay, bulan September lalu saya kembali ‘mencuba nasib’ mengejar kejayaan dan keuntungan. Nampaknya produk pertama saya berjaya terjual dalam masa 7 hari sahaja. Dan ianya berterusan sehingga kini!

Nak tahu?

Klik Kuasa Lelong.com 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pra Pelancaran Niaga Kit

Adakah anda berminat untuk berniaga di Internet tapi tak der pengetahuan bagaimana untuk membina satu shopping cart untuk meletakkan barangan jualan anda. Ya anda tahu dan upahnya mencecah hampir beribu ribu ringgit untuk mengupah orang membuatnya.

Baiklah mari lihat email ini : “Saya tersentak dengan email dia…..”

Salam Sejahtera, Murtaza

Murtaza, saya di sini mendoakan agar anda sentiasa sihat di samping orang yang tersayang.

Murtaza, saya tertarik dengan satu emel yang berbunyi begini “saya dah bosan dengan ebook-ebook ni kerana selepas membaca ebook saya tidak mampu untuk bertindak.”

Saya balas emel beliau “Kenapa anda tidak mampu untuk bertindak?”

Sila bagi perhatian kepada jawapan beliau di bawah.

“Bukan saya taknak bertindak cuma apa yang diterangkan dalam kebanyakkan ebook tidak jelas dan saya berharap produk anda pada kali ini adalah produk yang betul-betul boleh menjana wang!”

Saya tanpa membuang masa terus tunjukkan kepada beliau satu sistem yang  akan lancarkan kelak. Saya juga nyatakan berapakah harga sistem kami tersebut. Selepas beberapa jam, dia reply lagi emel  dengan begitu teruja sekali “Wah, sistem macam ni memang boleh buat duit di Internet! Kalau bayar RM3000 pun saya sanggup! Ini kerana sistem ini sememangnya memudahkan semua orang!”

Murtaza, anda lihatlah sendiri situasi di atas. Sistem ini memang terbaik untuk memudahkan anda untuk menjadi usahawan Internet.

Jaminan kami kepada anda yang menggunakan sistem ini ialah:

[+] Anda akan menjadi usahawan Internet kelak.
[+] Anda akan menjana wang di Internet kelak dan jumlahnya bergantung terhadap usaha pemasaran anda.
[+] Sistem ini akan membuat anda tersenyum lebar kerana banyak masa anda dapat dijimatkan.

Dan banyak lagi.

Itulah realitinya produk yang baru akan lancarkan kelak. Murtaza, soal harga saya rasa anda sememangnya perlu bekorban sedikit kerana untuk membuat sistem ini menelan kos yang agak besar dan saya percaya sistem ini akan mampu mengubah hidup anda!

Salam cemerlang dan jumpa lagi di emel akan datang!

Sekian,

Yup begitulah bunyi email yang saya terima hari ini. Saya memang teruja dengan sistem ini anda bagaimana…ok kita nantikan email dari owner website ini besok…pelancaran produk ini adalah pada 5 November ini…dan saya juga ada menyediakan hadiah istimewa untuk anda yang membeli produk ini pada hari pelancaran nanti.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »