Melabur Unit Trust Melalui EPF.
Orait just straight foward bagaimana anda hendak melabur didalam Unit Trust menggunakan Wang Simpanan KWSP atau EPF anda. Akaun EPF anda terbahagi kepada 2. Akaun 1 (70% ) dan Akaun 2 (30%). Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan. Untuk melabur hanya 20% dari jumlah baki simpanan akaun 1 selepas ditolak baki simpanan yang perlu ada mengikut umur yang boleh dikeluarkan seperti jadual dibawah:-
Cth : Katakan anda berumur 30 tahun pada tahun ini dan jumlah simpanan anda didalam akaun 1 Epf (sahaja) ada RM50,000. So jumlah yang boleh anda laburkan didalam Unit Trust ialah :-
RM50,000 - RM18,000 (Jumlah yang tidak boleh dilaburkan) = RM32,000
RM 32,000 (Jumlah yang boleh dilaburkan) x 20% (yang dibenarkan untuk pengeluaran)
= RM6,400 sahaja yang boleh di keluar dan dilaburkan didalam unit trust untuk bulan pertama*
* Untuk melabur didalam unit trust pengeluaran boleh dibuat setiap 3 bulan.
So nampak tak berapa jumlah pengiraan yang boleh anda laburkan kedalam unit trust melalui akaun EPF anda. Bagaimana hendak mengeluarkanya serahkan kepada Unit Trust Consultant anda apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan photocopy IC anda depan dan belakang diatas satu kertas A4 dan pastikan anda bersedia dengan EPF statement anda.
Happy Investing……
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Posted April 3, 2008
Comments(0)












