Teknik Menjana Wang Melalui ClickBank
Sehingga pertengahan tahun 2008, ramai rakyat Malaysia bertungkus lumus untuk menjana wang melalui ClickBank. Malangnya, disebabkan beberapa alasan yang tidak diketahui, ClickBank menolak semua permohonan rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia bercadang untuk menggunakan “pintu belakang” untuk mendaftar akaun ClickBank. Saya pasti anda masih mengingati ebook Gobala Krishnan yang bertajuk “Chapter-M”, bukan? Ramai rakyat Malaysia telah membelinya beberapa tahun yang lalu dan mereka mencuba sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan ClickBank mereka.
Kenapa? Kerana ClickBank merupakan peluang affiliate yang luas dan jika anda tidak menggunakan ClickBank, anda akan ketinggalan banyak produk yang hebat yang anda boleh promosikan dengan senang untuk menjana wang secara online. Terdapat 10,000 produk ClickBank yang hampir kebanyakkannya terdiri daripada ebook, perisian dan laman web keahlian. ClickBank hanya menjual produk digital dan itulah perkara yang paling menakjubkan!
Produk digital, memandangkan ia tidak mengandungi kos penghantaran atau kos fizikal, ia mempunyai nilai keuntungan yang sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% setiap produk yang anda promosikan - anda tidak akan pernah mendapat kelebihan ini jika mempromosikan produk fizikal atau apa jua produk di dunia offline.
Sekarang, sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun ClickBank tanpa perlu melalui kaedah “pintu belakang”, pejabat virtual atau alamat palsu. Saya rasa kita sepatutnya sudah mula memanfaatkan kelebihan situasi ini dan jana wang sebanyak yang mungkin!
Untuk menjana wang melalui ClickBank adalah sangat mudah, jika anda mengetahui formula rahsianya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Posted February 10, 2009
Comments(1)












