Akademi Fantasia dan Skim Cepat Kaya…

akademi1.jpgOh!! akademi fantasia sudah bermula. Saya rasa ramai yang teruja untuk menonton setiap persembahan pelajar pelajar akademi bermula dari diari sampai konsert yang akan diadakan pada setiap hari sabtu dan berlarutan selama 3 bulan. Seronok juga keng kadang menonton sebab kita boleh lihat kehidupan realiti yang dilalui oleh pelajar. Dan yang seronok apabila keluar dari akademi anda sudah bergelar bintang walaupun anda terkeluar dari program sebelum minggu terakhir. Ramai yang menangis bila terkeluar tak kurang juagk penonoton dirumah, Sudah masuk 5 musim program ini berlangsung banyak pro dan kontra serta pandangan dari semua  pihak ada yang menyokong ramai juga mencemuh. Ada yang berjaya seperti Vince, Zahid, Mawi, Adam, Farah dan ada yang terus senyap. Ada yang terseyum bila terkeluar tetapi ramai yang menangis. Kengkadang saya tak paham kenapa mesti menagis sebab ini ialah pertandingan. Menariknya juga penonton menentukan nasib sama ada peserta berada lama atau tidak didalam akademi melalui undian sms.

Ok kita tinggalkan cerita akademi nanti kita cerita lagi, yang lebih hangat bagi kita di arena internet ialah cerita panas mengenai pelaburan diinternet dikatakan haram oleh beberapa akhbar. Seperti akademi fantasia pelabuaran pelaburan seperti ini sentiasa hangat, kerana ramai suka buat kerja 5D (istilah yang popular sekarang ni) Duduk diam diam dapat duit. Seperti akademi fantasia ianya hangat pada permulaan suam di tengah tengah dan akhirnya tenggelam. Maka ramai yang akan menangis bila kehilangan wang yang dilaburkan atas nama risiko. Jadi beringat ringat lah ye walaupun kita tengok ada Tan Sri, Dato yang melabur tak perlu cepat terpengaruh kerana mereka mungkin ada sejumlah wang yang memang mereka khas untuk melabur tak pinjam mana mana. Tetapi kita pula pergi meminjam sana sini untuk melabur maka kita yang terjerat nanti risko anda telah bertambah 2 kali ganda.

Ok sekadar pendapat peribadi saya jika anda anda pendapat boleh kongsi di ruangan komen….

 

M L M dan Internet! Boleh ke?

Dari meja tulis Zamri Nayan kepada saya:- 

Salam Taza, 

Pada minggu lepas, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.

Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa?

Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.

2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus!

Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal akan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

==================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.tazamfnbiz.com/rahsia.htm
===================================

Tukar Theme Blog Lagiiiii

Ha ha hai harap harap ni kali terakhir saya menukar wajah blog ni. Sekali lagi terima kasih kepada buku blongingsteps dari Mr Smartusaha. Blog ni saya campur campur manual dan auto jadi nampak macam original theme. 

K tu je buat kali ni nanti kita cerita lagi… 

 

WEB SEGERA UNTUK ANDA

membership

Entri ini khusus untuk mereka yang mempunyai blog atau laman web sendiri.
 
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkan isi kandungan untuk blog anda, laman web berikut memberikan penyelesaian mudah:
http://www.kandunganwebsegera.com/ahli/?free=353
 
Laman yang dinamakan Kandungan Web Segera ini dibangunkan oleh seorang usahawan Internet bernama Mohd Fairuz sebagai khidmat PERCUMA kepada komuniti Internet Malaysia.
 
Anda boleh menjadi ahli kepada laman ini secara percuma, dan SETIAP BULAN anda akan menerima 20 artikel untuk dimuatkan dalam laman web anda.
 
Anda bebas mengedit atau menterjemah artikel-artikel ini ke dalam bahasa lain.
 
Bukan itu sahaja, malah anda juga dibekalkan dengan header grafik yang berkaitan untuk menjadikan laman web anda lebih menarik.
 
Saya sendiri sudah menjadi ahli, dan ternyata, artikel yang diberi adalah berkualiti.
 
Anda boleh dapatkan artikel-artikel tersebut di:
http://www.kandunganwebsegera.com/ahli/?free=353

Next Page »