Bagaimana nak Jadi UT Consultant…

Ada soalan dari pembaca Blog saya bertanya bagaimana ingin menjadi seorang Unit Trust Consultants. Jadi saya rasa elok saya kongsi disini dengan semua pembaca yang berminat untuk menjadi seorang Consultant Unit Amanah (UTC) sama ada secara sepenuh masa (full time) atau separuh masa (part time).

Pertama, kita lihat dulu kelayakan yang diperlukan iaitu anda mestilah berumur 21 tahun keatas dan berkelulusan sekurang - kurangnya minima SPM.

Kedua, Anda cari agensi/intoducer/unit trust consultant dan hubungi mereka mengatakan anda berminat untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant bagi Company/Agensi tersebut…jika berminat untuk jadi UTC di CIMB Wealth Advisors boleh contact saya….dokumen yang perlu disediakan (bagi CIMB WA UTC) :

  1. 6 Keping Gambar Pasport/IC
  2. 2 photocopy Sijil/Diploma/Ijazah (bawa juga yang original) 
  3. 2 photocopy IC
  4. 2 photocopy muka depan saving passbook (bagi CIMB WA buka akaun CIMB Bank).
  5. Yuran peperiksaan/lesen (RM348 bagi CIMB WA termasuk tutoriol, exam fee FMUTM, dan courses)

Ketiga, selepas mendaftar dapatkan tarikh peperiksaan anda dan bersedia untuk ke tutorial sebelum peperiksaan FMUTM dan juga product fundamental.

Keempat, Selepas menduduki FMUTM exam dan lulus anda secara rasmi sudah bergelar UTC dan untuk mewakili company yang anda sertai satu agen code akan dikeuarkan oleh company UT anda dan anda sudah layak menjual dan terima komisyen.

Untuk berjaya sebagi consultant yang bejaya anda haruslah datang dan participate didalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Agensi anda kerana pada masa inilah top top leadear akan berkongsi rahsia kejayaan mereka..training adalah percuma (bagi agensi saya…dan saya rasa kebanyakan agensi adalah sama).

Semoga info ini dapat membantu anda untuk menjadi UTC dan seterusnya berjaya mencapai segala impian anda.

p/s : Berminat untuk jadi UTC di CIMB WA bagi Agensi No. 1 di CIMB WA boleh contact saya di talian 019-3649613 atau email tazamfn @ gmail.com atau layari www.tazamfnbiz.com/peluang-kerjaya.

p/s/s : Web terbaru saya mengenai UTC telah pun online sejak semalam dan masih dalam tempoh percubaan untuk melihat dan beri komen boleh layari www.murtazaosman.com.

No Comments

Leave a reply