Financial Freedom Account (FFA)
Dah sebulan selepas seminar Millionare Mind saya mempraktik sistem pengurusan kewangan mudah yang disarankan didalam seminar tersebut. Idea mudah dan simple ini sebenarnya mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kami diberikan satu blue print sistem pengurusan kewangan yang harus diikuti selama 90 hari, kira kira 3 bulan. Tujuannya adalah untuk menjadikan sistem ini sebati (tabiat) yang kita lakukan hari hari dan pandangan kita terhadap duit.
Baiklah langkah pertama setiap peserta dikehendaki menyediakan 7 tabung tak kiralah dari buluh, tin, balang kuih dan lain lain lagi. Dan setiap tabung harus dilabelkan. Tabung yang pertama labelkan dengan nama “Financial Freedom Account” atau FFA jer. Kegunaan tabung ini adalah untuk simpanan yang tidak akan diusik kecuali untuk pelaburan, atau perniagaan. Tabung ini bolehlah anda anggap ianya seekor “Angsa yang bertelur Emas” dimana anda membelanya dengan baik dan subur supaya ia dapat mengeluarkan telur emas untuk anda. Anda juga tidak dibenarkan mengusik nilai pokok yang dimasukkan didalam tabung ini kecuali keuntungan dari pelaburan atau simpanan untuk dilaburkan semula bukan untuk digunakan. Ingat hanya telur angsa emas itu sahaja yang boleh digunakan untuk membeli seekor anak angsa yang akan bertelur emas lagi (harap anda faham yer). Jangan usik langsung akaun ini sampai bila bila.
So berapa peratus yang harus anda letak dalam akaun ini. Hanya 10% sahaja dari setiap duit yang anda terima. Untuk menjadikan ianya satu tabiat jangan peduli berapa duit yang ada untuk dimasukkan kalo boleh lakukan setiap hari hatta 10 sen sehari sebelum memulakan hari anda atau selepas balik dari kerja. Selepas 3 bulan atau setiap bulan anda boleh pindahkan wang tersebut kedalam akaun bank, ASB, Tabung Haji atau Saham Amanah yang boleh memberi pulangan yang tinggi.
Saya sendiri masih melakukan setiap hari dan saya realise bahawa saya kini mempunyai sudah mempunyai simpanan setiap hari dan saya gembira melakukannya setiap hari. Orait kita sambung lagi nanti cerita untuk 6 tabung lagi.

Posted June 25, 2008
Comments(1)




