Millionare Minds Intensive

“Dont believe what you read and hear” T. Harv Eker

 Minggu lepas saya menghadiri seminar bertajuk Millionare Minds Intensive (Minda Jutawan Intensif) yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Mines Convention Centre. Kira kira hampir 5,000 peserta dari merata negara datang. Untuk saya ini adalah kali pertama saya menghadiri seminar sebegini ramai peserta yang begitu ramai. Aktiviti sepanjang seminar memang padat

Hari Pertama - dari jam 9.00 pagi - 11.00 malam

Hari Kedua - dari jam 9.00 pagi - 10.30 malam

Hari Ketiga - dari jam 8.00 pagi - 8.00 malam.

Ini juga merupakan kali pertama saya pergi ke seminar sebegini dengan mengeluarkan duit poket sendiri. Kalo dulu biasanya company yang hantar. Seminar ini juga tidak membosankan kerana pengisian dan cara penyampaian membuatkan saya rasa rugi untuk tidak mendengar apa yang ingin disampaikan.

Selama 3 hari berkampung disana ada 2 perkara yang dapat saya simpulkan cara mudah bagaimana jutawan berfikir dan jadi kaya.

  1. Investment (Biar wang bekerja untuk anda)
  2. Passive Income. (Bina seberapa banyak)

Saya percaya jika ianya terlalu complicated bukan sahaja penceramah tidak mahu memberitahu tetapi saya sendiri susah nak buat (betul ke betul). 2 perkara diatas pada saya amat mudah untuk kita lakukan malah mungkin ada diantara anda para pembaca sudah memulakannya.

Maybe dilain masa saya kongsi apa rutin yang boleh anda lakukan untuk mencapai 2 perkara diatas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Ebook Percuma 6 Modul Adsense

ebook adsense percumaAdakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense? Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.

Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk “6 Modul Adsense Terbaik - Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul” .

Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :

  1. Apa itu Program Google Adsense
  2. Keyword Research
  3. Keyword Brainstorming
  4. Memohon Akaun Google Adsense
  5. Membina Blog Adsense
  6. Meletakkan kod Adsense di blog adsense anda

Sebaik sahaja anda memuat turun 6 Modul Adsense ini, saya cadangkan anda membuat secawan kopi dan mula membaca dan mempraktikan teknik Adsense yang diberikan, bahkan anda boleh terus memulakannya. Download ebook percuma ini sekarang. Sila klik Di Sini

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Jenis Dana Unit Amanah

Salam sejahtera,

Ada permintaan minggu lalu dari seorang sahabat untuk saya menulis tentang jenis jenis dana yang terdapat didalam Unit amanah di Blog saya ini. Mungkin ramai juga yang ingin tahu apakah jenis jenis Dana yang boleh dilaburkan didalam pelaburan anda. Ya mungkin juga apabila disebut tentang dana dana ini anda sudah tahu dimanakah dana ini akan melaburkan wang anda dan apakah tahap risiko atau pulangan yang boleh anda jangkakan.

1) Small Cap Fund.

Dana ini adalah dana yang paling aggresive dimana dana dana ini akan dilaburkan kedalam syarikat syarikat kecil yang belum lagi berkembang tetapi mempunyai potensi untuk menjana keuntungan menurut analisis pengurus dana. Biasanya syarikat syarikat ini masih belum stabil berbanding syarikat syarikat besar.

2) Dana Equity

Dana ini biasanya amat popular dan menjadi tumpuan promosi para consultant kerana dana ini biasanya mampu memberi pulangan yang baik kepada pelabur pelabur. Dana ini biasa akan dilaburkan didalam pasaran equity diBursa Saham. Biasa dana dana ini akan dilaburkan didalam syarikat syarikat yang sudah besar yang sudah mempunyai nama dan mampu memberi pulangan dalam bentuk dividen. Dana ini terbahagi kepada dua

a) Equity Tempatan (local)
b) Equity Luar (Global)

3) Dana Indeks

Dana ini berkait rapat dengan dana equity dimana prestasi dana amat berkait rapat dengan prestasi Indeks di Bursa Saham. Jika prestasi Bursa saham meningkat prestasi dana turut mengikut dan sebaliknya.

4) Pasaran Wang (Money Market)

Dana jenis ini menghadkan portfolio pelaburan kepada pasaran wang sahaja dan mempunyai risiko paling rendah contoh seperti pinjaman institusi kewangan, sekuriti kerajaan dan lain lain lagi. Pelaburan jenis ini boleh disamakan dengan simpanan
deposit tetap. Biasa dana ini digunakan oleh para pelabur untuk “parking”(switching)
sementara pelaburan mereka sebelum memasuki semula pasaran yang lain.
Dan pulangan dari pelaburan ini biasanya rendah.

5) Bond

Dana ini juga adalah lebih kurang sama dengan pasaran wang dimana ianya juga dilaburkankedalam jaminan wang kerajaan (bond) yang biasanya tidak memberikan pulangan yang tinggi Bagi pelabur biasa memang agak sukar untuk membeli bond bond ini kerana biasa ianya memerlukan modal permulaan yang agak besar.

Allrite so rasanya cukup untuk hari ini danakan datang maybe saya akan cerita plak tentang dana dana yang mengabungkan lain lain instrument untuk menjana pulangan dan mungkin bersesuaian dengan citarasa anda.

“Happy Investing”

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

PPC – Penyelesaian Jangka Pendek

Salam Semua

Agak lama juga saya tidak menulis tentang info Perniagaan Internet. So ada berita baik bagi mereka yang ingin mendapat lebih trafik kelaman web mereka. Mungkin ada yang dah cuba bermacam cara tetapi trafik atau pelawat masih kurang. So untuk jangka pendek bagi menarik trafik atau pelawat ke laman web, anda boleh guna kaedah Pay Per Click.  Orait cuba baca artikel ini ya!!!!

Dijangkakan hanya 20% sahaja pelawat akan menekan pada iklan PPC. Ini adalah berita baik kerana ia seharusnya di tekan oleh mereka yang benar-benar berminat. Ini menunjukkan iklan tersebut disasarkan kepada pelawat tertentu.

Sebab-sebab utama sesorang individu melalukan pengiklanan PPC adalah pertama, laman web mereka belum dioptimasikan sepenuhnya untuk diindekskan ke search engine result page, kedua, pemangkin untuk mendapatkan pulangan pelaburan (ROI) dalam jangka masa pendek dari segi kedatangan trafik ke laman web mereka untuk menghasilkan jualan.

Pada situasi pertama, pemilik laman web harus mengoptimasikan laman web dengan keyword yang berkaitan dengan perniaggaannya supaya ianya dapat diindeks oleh robot kedalam search engine. Proses ini mengambil masa yang lama dari beberapa hari sehingga beberapa minggu sebelum mendapat hasil.

Situasi kedua pula, pengiklan dapat mengiklankan laman web mereka dengan kadar segera sebaik-sahaja iklan PPC mereka diluluskan. Walaubagaimanapun, terdapat strategi untuk memastikan pengiklanan PPC berkesan.

Strategi utama adalah pemilihan keyword yang fokus dan berkait rapat dengan laman web. Pemilihan keyword yang terlalu umum akan menyebabkan kos pengiklanan bertambah maka cara untuk mengatasinya adalah mencari keyword atau frasa yang panjang tetapi masih mempunyai jumlah trafik yang memadai.

Untuk itu, penggunaan alatan-alatan yang sesuai diperlukan untuk mencari keyword ekor panjang (long tailed keyword) bagi menemui keyword-keyword tersembunyi yang murah kos bidaan dan mempunyai jumlah trafik yang banyak.

Ebook Impak Search Marketing ada menerangkan kaedah bagaimana untuk mencari 1000 keyword long tail dengan mudah dengan mengguna formula Keyword Matrix 

p/s : Untuk mendapatkan e-book ini anda boleh dapatkan DISINI 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »