Dollar Cost Averaging (DCA)

Dollar Cost Averaging (DCA) adalah salah satu cara pelaburan tetap yang kita lakukan sama ada secara bulanan, setiap 3 bulan atau setiap tahun secara tetap bergantung kepada kemampuan anda. Konsep ni bertujuan untuk mengurangkan risiko pelaburan yang kita buat.

Konsep ini boleh juga diguna pakai untuk mengurangkan risiko pelaburan anda didalam unit trust. Konsep dimana anda mendisiplinkan diri anda untuk melabur secara tetap untuk mengurangkan risiko akibat daripada turun naik harga pasaran dimana pelabur akan mendapat lebihan unit pelaburan apabila harga rendah dan sedikit unit pelaburan pada harga tinggi. Dan secara puratanya pelabur dapat mengurangkan risiko pada harga purata. Orait jom tengok contoh berikut:-

  Market Up Trend

Month NAV per unit (RM) Monthly investment (RM) Units accumulated
1 0.89 200 225.33
2 0.9 200 223.14
3 0.9 200 222.2
4 0.92 200 216.61
5 0.94 200 213.61
6 0.96 200 208.81
7 0.96 200 207.36
8 1 200 200.38
9 1.02 200 196.68
10 1.02 200 195.48

Invested amount: RM2,000
Unit accumulated: 2,109.60
Average cost per unit: RM0.9480
Average NAV (10 months): RM0.9504

Kesimpulan : Walaupun semasa pasaran menaik anda masih untung jika anda melabur secara tetap kerana kos purata per unit masih rendah berbanding berbanding kali terakhir anda membeli.

Market Down Trend. 

Month NAV per unit (RM) Monthly investment (RM) Units accumulated
1 0.89 200 225.33
2 0.87 200 231.19
3 0.85 200 235.02
4 0.84 200 237.3
5 0.83 200 241.28
6 0.81 200 246.85
7 0.8 200 250.38
8 0.77 200 258.9
9 0.76 200 261.92
10 0.74 200 268.85

Invested amount: RM2,000
Unit accumulated: 2,457.02
Average cost per unit: RM0.8140
Average NAV (10 months): RM0.8164

Kesimpulan : Walaupun anda masuk pasaran/melabur pada harga tinggi sekiranya anda disiplin dan melabur secara tetap anda akan dapat mengurangkan kos per unit anda  dan apabila pasaran menunjukkan carta up trend anda sudah boleh membuat keuntungan kembali tanpa perlu menunggu harga pembelian asal.

Jika berminat untuk mendapat seoarang konsultant unit amanah untuk mempelbagaikan portfolio simpanan dan pelaburan anda bolelah hubungi saya.

Happy investing :wink:

MurtazaOsman.Com pre luanch

Salam sejahtera…

Satu lagi tazamfnbiz.com network akan saya lancarkan tidak lama lagi iaitu MurtazaOsman.Com yang akan mengfokus kepada Wealth Consultants yang sedang saya lakukan sekarang ini. Melalui MurtazaOsman.Com info info mengenai Pelaburan Unit Trust akan terus sampai ke email para pembaca..

Sebenarnya web ni dah online sejak minggu lepas lagi walaupun dalam pre launch sudah banyak juga email yang subscribe terima kasih saya ucapkan kerana menyokong MurtazaOsman.Com. Jadi minggu hadapan MurtazaOsman.Com akan berwajah baru setelah tempahan minisite yang saya buat dari CheapestDesign siap. Yang menarik tentang minisite atau web saya pada kali ini ialah kesemua design dan sales latter saya outsource tidak lagi buat sendiri dan hasilnya memang puas hati. Oh terima kasih pada RMCopy yang mengdraft sales letter tu…

Bagaimana nak Jadi UT Consultant…

Ada soalan dari pembaca Blog saya bertanya bagaimana ingin menjadi seorang Unit Trust Consultants. Jadi saya rasa elok saya kongsi disini dengan semua pembaca yang berminat untuk menjadi seorang Consultant Unit Amanah (UTC) sama ada secara sepenuh masa (full time) atau separuh masa (part time).

Pertama, kita lihat dulu kelayakan yang diperlukan iaitu anda mestilah berumur 21 tahun keatas dan berkelulusan sekurang - kurangnya minima SPM.

Kedua, Anda cari agensi/intoducer/unit trust consultant dan hubungi mereka mengatakan anda berminat untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant bagi Company/Agensi tersebut…jika berminat untuk jadi UTC di CIMB Wealth Advisors boleh contact saya….dokumen yang perlu disediakan (bagi CIMB WA UTC) :

  1. 6 Keping Gambar Pasport/IC
  2. 2 photocopy Sijil/Diploma/Ijazah (bawa juga yang original) 
  3. 2 photocopy IC
  4. 2 photocopy muka depan saving passbook (bagi CIMB WA buka akaun CIMB Bank).
  5. Yuran peperiksaan/lesen (RM348 bagi CIMB WA termasuk tutoriol, exam fee FMUTM, dan courses)

Ketiga, selepas mendaftar dapatkan tarikh peperiksaan anda dan bersedia untuk ke tutorial sebelum peperiksaan FMUTM dan juga product fundamental.

Keempat, Selepas menduduki FMUTM exam dan lulus anda secara rasmi sudah bergelar UTC dan untuk mewakili company yang anda sertai satu agen code akan dikeuarkan oleh company UT anda dan anda sudah layak menjual dan terima komisyen.

Untuk berjaya sebagi consultant yang bejaya anda haruslah datang dan participate didalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Agensi anda kerana pada masa inilah top top leadear akan berkongsi rahsia kejayaan mereka..training adalah percuma (bagi agensi saya…dan saya rasa kebanyakan agensi adalah sama).

Semoga info ini dapat membantu anda untuk menjadi UTC dan seterusnya berjaya mencapai segala impian anda.

p/s : Berminat untuk jadi UTC di CIMB WA bagi Agensi No. 1 di CIMB WA boleh contact saya di talian 019-3649613 atau email tazamfn @ gmail.com atau layari www.tazamfnbiz.com/peluang-kerjaya.

p/s/s : Web terbaru saya mengenai UTC telah pun online sejak semalam dan masih dalam tempoh percubaan untuk melihat dan beri komen boleh layari www.murtazaosman.com.

Melabur Unit Trust Melalui EPF.

Orait just straight foward bagaimana anda hendak melabur didalam Unit Trust menggunakan Wang Simpanan KWSP atau EPF anda. Akaun EPF anda terbahagi kepada 2. Akaun 1 (70% ) dan Akaun 2 (30%). Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan.  Untuk melabur  hanya 20% dari jumlah baki simpanan akaun 1 selepas ditolak baki simpanan yang perlu ada mengikut umur yang boleh dikeluarkan seperti jadual dibawah:-

Cth : Katakan anda berumur 30 tahun pada tahun ini dan jumlah simpanan anda didalam akaun 1 Epf (sahaja)  ada RM50,000. So jumlah yang boleh anda laburkan didalam Unit Trust ialah :-

RM50,000 - RM18,000 (Jumlah yang tidak boleh dilaburkan) = RM32,000

RM 32,000 (Jumlah yang boleh dilaburkan) x 20% (yang dibenarkan untuk pengeluaran)

= RM6,400 sahaja yang boleh di keluar dan dilaburkan didalam unit trust untuk bulan pertama*

* Untuk melabur didalam unit trust pengeluaran boleh dibuat setiap 3 bulan.

So nampak tak berapa jumlah pengiraan yang boleh anda laburkan kedalam unit trust melalui akaun EPF anda. Bagaimana hendak mengeluarkanya serahkan kepada Unit Trust Consultant anda apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan photocopy IC anda depan dan belakang diatas satu kertas A4 dan pastikan anda bersedia dengan EPF statement anda.

Happy Investing……

Wanita dan Perniagaan

 

Tahniah diucapkan kepada WanitaNiaga.Com kerana akan mengadakan sambutan ulang tahun yang pertama. Terima kasih juga kerana membenarkan saya sebagi ahli biasa dan baru menghadiri majlis ini. Ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada saudara Amirol tauke web jualan diatas email pemberitahuan kepada saya.

Bukan saja wanita wanita yang berniaga dan berjaya akan hadir malah ada diantaranya adalah IM yang sedang mencipta nama di arena perniagaan internet Malaysia. Harapan saya semoga ikatan persaudaraan sesama ahli dapat dikukuhkan dan ianya boleh memberi banyak manfaat kepada semua ahli. Jumpa di sana.

p/s : Dana Dali 3 dijual macam goreng pisang panas…Saiz Dana telah ditambah dari RM600 juta ke RM900 juta. So jangan lepaskan peluang untuk melabur.