Nak Guna Strategy Apa?

Yup just nak kongsi dengan anda bakal pelabur Unit Trust semua :smile: apakah strategi yang boleh digunakan bila anda dapati market berada dalam keadaan seperti ini:-

1) Uptrend (Bukan company MLM tu yer :wink:)

Ada 2 strategi yang anda boleh gunakan bila pasaran menaik didalam unit trust..

Buy and Hold - Salah satu cara menjana keuntungan dalam jangka masa panjang contohnya 10 tahun maka walaupun pasaran menaik dan menurun secara puratanya ianya masih memberi pulangan 10% - 15% setahun. Syaratnya Dana yang dilaburkan ada memberi dividen atau bonus.

Buy and Sell profit - Jika anda telah menetapkan bahawa anda inginkan profit 10% - 15% maka bila portfolio anda telah dicapai maka redeem profit anda dan laburkan semula pada fund yang lain atau baru jika ada.

2) Side Way - Bila pasaran berada dalam keadaan ini cara yang paling baik ialah ambil peluang membeli jika ada bonus atau dividen declaration.

3) Down Trend - Biasanyer inilah waktu yang paling bagus untuk membeli dan bagi yang sudah melabur adalah waktu untuk meminimumkan jumlah harga dana yang anda beli pada waktu tinggi melalui Dollar Cost Averaging dan anda boleh untung dengan cepat bila pasaran pulih atau uptrend. Ini adalah kerana kebanyakan Dana akan berada pada harga rendah waktu ini.

So selamat melabur jika anda berminat untuk mendapatkan seorang consultant  unit trust untuk anda boleh hubungi saya di talian 019-3649613 atau email tazamfn @ gmail.com.

p/s : sejajajar dengan perkembangan kumpulan saya juga mempelawa individu individu yang berminat dengan kerjaya perunding unit amanah untuk menyertai saya secara sepenuh masa atau separuh masa. Maklumat Lanjut boleh klik disini

Takut Takut…Buat

Salam Semua

Minggu ni nampaknya lambat sikit update info kat blog saya nih…orait minggu ni cuma nak kongsi satu perkara..dalam kehidupan ni kengkadang harus diakui agak sukar kita nak melakukan sesuatu yang baru. Kebanyakan termasuk saya agak kurang berani nak mencebur atau memulakan langkah pertama kearah sesuatu yang mungkin boleh merubah kehidupan kita kepada yang lebih baik..atau memulakan sesuatu yang kita tak pernah cuba dan macam macam lah lagi..banyak alasan yang dibagi.

Takut takut…buat ni boleh saya andaikan satu positif mantera motivasi untuk melakukan sesuatu dan sebenarnya berlaku dalam diri kita tanpa sedar. Mantera ni selalu diucapkan bila ada training di Agensi. 

Apa yang kita takut dalam kehidupan???

“takut ler nak buat bussiness kat internet”

“aku tak tau ler nak buat website”

“camner yer nak jumpa orang tu nak close sale”

“takut ar nak jumpa orang”

Itu sebahagian ler yang boleh saya quoted mengenai takut ni. Jangan takut untuk membuat benda yang baik selagi tidak menyalahi undang undang, agama negara dan sebagainya. Jadikan takut sebagai langkah pertama untuk berubah…bagaimana?

Dengan melakukan perkara yang baik dan betul…walaupun ada perasaan takut tetapi anda buat juga…anda takut untuk buat perniagaan internet tapi anda teruskan jua…anda takut nak ketuk pintu opis client tapi anda teruskan jua….maknanya anda tidak berpatah balik kebelakang dan saya pasti jika anda sudah biasa melakukan lama kelamaan keyakinan dan keberanian akan datang didalam diri anda…siapa pula yang tidak gagal pada kali pertama :smile:

Orait sejajar dengan perkembangan kumpulan saya menjemput individu individu yang berminat untuk menjadi bussiness associate saya dalam perniagaan Unit Trust secara full time atau part time.

Inflasi..Inflasi..Inflasi

Selalu gak kita dengar orang berkata tentang inflasi nih. Yup ianya berkaitan dengan kenaikan harga barang sejak mutakhir ni. Inflasi juga menyebabkan kuasa beli yang ada ditangan kita semakin merosot. Yang paling ketara apabila berlakunya inflasi ialah bila time minyak naik :smile: dan gaji naik dengan secara tak langsung harga barang pun naik…ohhh..

Ada 2 jenis inflasi

  1. Inflasi yang diumumkan oleh kerajaan dan biasanya cara pengiraan inflasi cara ini ialah dengan mencampurkan pendapatan seluruh isi rumah seluruh Malaysia dengan mengambil kira hanya purata saja, selain itu hanya barang barang kawalan saja yang diambil kira didalam pengiraan sepert gula, tepung, minyak masak dan lain lain barang. Kadar inflasi yang diumumkan biasa sekitar 2% - 5%.
  2. Inflasi yang kedua dan mendatangkan impak yang sebenar kepada kehidupan kita ialah inflasi gaya hidup. Ini dapat kita lihat dibandar bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan lain lain lagi. Kalo dulu kita mungkin minum kopi dirumah yang dihidangkan oleh mak atau isteri kita mungkin dengan kos hanya RM0.30 kini dan meningkat pada RM10++ sebab sekarang ni ketagih minum kopi starbuck. Jadi secara tak langsung meningkat kos sara hidup yang tinggi untuk menampung gaya hidup kita yang semakin tinggi.

Oleh sebab itu bukan saja anda malah saya juga mengeluh bila mana melihat kos sara hidup yang makin meningkat dan memikirkan bagaimana ingin terus bertahan dalam keadaan ini. Salah satu cara ialah menambah pendapatan atau mintak gaji naik supaya ianya setara dengan kos. Bagi yang menyimpan sudah tentu anda memikirkan bagaimana untuk menggandakan wang simpanan supaya tidak ditelan inflasi…

Oh ya jika sebelum ini saya ada menggunakan Rule 72 untuk mengandakan wang maka rule ini juga boleh digunakan untuk mengira bilakah nilai wang kita akan menjadi setengah. Contoh RM1000 simpanan kita dengan kadar inflasi 5% maka 72/5 = 14.4 atau lebih kurang 15 tahun nilai simpanan kita hanya bernilai RM500 sahaja.

So jika berminat untuk menggandakan nilai simpanan anda boleh hubungi saya kerana saya ingin memperkenalkan produk yang sangat innovatif yang boleh memberi pulangan 10% - 15% setahun dan saya begitu komited untuk membantu anda menggandakan simpanan atau mencapai kebebasan kewangan :smile:

p/s : tidak lupa juga saya nak ucapkan tahniah kepada kesemua Pemenang kerusi Pilihan Raya Negeri atau Parlimen..so kuasa sudah ditangan gunakan sebaik baiknya…

Jom Gandakan Wang

Minggu ni memang agak sibuk sikit sebab ada training 2 hari lepas di Agensi so tak sempat nak update info kat blog nih. Ok hari ni saya nak tunjukkan kepada anda bagaimana nak tengok wang bekerja untuk anda ho ho menarik tak bagi mereka yang sudah bekerja keras siang malam cari duit dan duit tu dah banyak dah kat bawah bantal sampai tak tau nak letak mana lagi, stay tune just nak share camner nak rehatkan duit tu dan lihat dia bekerja.

Sebenarnya ada cara untuk anda mengetahui bagaimana wang anda bekerja untuk anda. Salah satu cara ialah melalui Rule of 72 kalo check kat Pak Cik Google dia kata Rule ni adalah satu cara bagaimana kita nak tau berapa lama masa diambil untuk mengandakan wang kita. Sebagai contoh anda ada RM1000.00 jadi instrumen pelaburan mana yang boleh menggandakan wang anda menjadi RM2000.00 dan berapa lama. Caranya dengan membahagikan 72 dengan setiap pulangan pelaburan katakan 5%  72/5 = 14.4 lebih kurang 15 tahun untuk duit anda berganda.

Jom tengok plak kalo pulangan pelaburan 15% pa dalam jangkamasa 5 tahun duit anda sudah berganda menjadi RM2000 tanpa anda usik atau buat apa just letak jer…. Mr Naem dari Diari Adsense ada bertanya pada saya:

yang regular saving plan tu macammana? mana lebih untung dari invest 1k dengan RM100/bulan?

Berminat sebab objektif nak financial freedom…hohoho…

So kat bawah ni saya nak tunjuk camana anda boleh dapat atau gandakan nyer dengan RM1000.00 pelaburan dan tambahan RM100 setiap bulan.

Untuk melabur didalam satu dana CIMB Wealth Advisor nilai minimum ialah RM100 bagi fund konvensional dan RM500 bagi Islamic. So kita assume anda mula melabur dengan RM1000 dan kita letak 15% setahun adalah pulangan secara tetap, dengan menggunakan Rule of 72 maka dalam tempoh 5 tahun wang anda akan bertambah sebanyak RM2000. Jika anda mula melabur duit anda pada umur 20 tahun maka pada umur anda 50 tahun anda sudah ada sejumlah simpanan RM64,000 dan jika ditambah RM100 setiap bulan (regular saving dari Feb - Dec) maka jumlahnya adalah RM134,400.  

Gambaran diatas dindaikan anda hanya membuat regular saving atau simpanan selama satu tahun saja so kalo nak tau berapa pulangan dan beserta gambarajah anda boleh klik link dibawah :

 http://www.bankrate.com/brm/news/sav/2006savmg/savings-calc.asp?caret=18

So kat sini anda nampak tak konsep wang bekerja untuk anda setelah anda penat bekerja untuk wang…jadi pada yang memuda tuh dah boleh start menyimpan dan yang umur lelebih tuh boleh gak belum terlambat lagi. Maybe esok atau lusa saya citer pasal inflasi plak ok jumpa lagi…

Selamat Mengundi Yosh…..