Dana CIMB - Update

Sebagaimana yang diberitahu minggu lepas Dana terbaru CIMB, Dali 3 akan mula dibuka untuk jualan dengan harga RM0.25 seunit besok 28 Feb 2008. Rasanya dah ramai consultant yang sedang menunggu masa untuk menghantar borang pelanggan masing masing. Bagi yang berminat untuk mendapatkan DANA ini boleh berhubung dengan consultant memasing or kalo tak der lagi boleh contact saya. Harga ini akan kekal selama 21 hari sebelum ia dijual pada harga pasaran yang berkemungkinan lebih tinggi dari harga yang ditawarkan.

Pada January lepas CIMB Islamic Global Equity Fund (CIGEF) telah dilancarkan pada harga tawaran RM0.50 dan tidak sampai 2 bulan harga Dana ini telah meningkat kepada RM0.5140 . So diharap DALI 3 ni akan mengulangi pencapaian CIGEF, DALI 1 dan DALI 2.

So sesapa yang berminat menggandakan simpanan boleh start melabur sekarang sama ada melalui CASH atau EPF.

Happy Investing :smile:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pilihan Raya Umum ke 12

Yup nampaknya dalam keadaan sekarang tidak dapat tidak atau serba sedikit bahang Pilihan Raya sudah mula membara. Semalam adalah hari penamaan calon dan 8 Mac ini adalah kemuncak segala segala dimana semua warga negara yang sudah cukup umur dan berdaftar akan menunaikan hak kewarganegaraan masing masing.

Oh semalam juga saya pulang ke Kampung saya Jelebu, Negeri Sembilan. Teringat saya pada zaman saya sekolah dahulu jika waktu waktu begini rumah saya dikampung sudah tentu menjadi bilik gerakan bagi Barisan Nasional dan Umno kerana Datuk saya merupakan ketua cawangan pada waktu itu…kini tidak lagi tetapi suasana tetap seperti dahulu hangat bila tiba waktu begini isu yang menjadi perbualan kami ialah siapakah calon yang akan mewaklili kawasan kami pada kali ini.

Apa lagi masa masa cam ni seronok jumpa kawan lama ada yang memang aktif dalam politik dan macam macam cerita politik boleh dengar, dan ada juga yang berjaya sebagai peniaga. Untuk saya ha ha apa lagi masa nilah promote pelaburan unit trust pada kengkawan yang berminat…

Parlimen Jelebu menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 antara pas dan Barisan Nasional. Kawasan ni sejak saya lahir sampai sekarang memang kubu kuat Barisan susah parti lawan nak masuk tapi tak tau lah tahun nih…dan penyandang masih sama Datuk Seri Rais Yatim…Bagi kawasan DUN plak ialah Datuk Yunus Rahmat (BN) lwn ngan PAS (tak ingat nama) tapi dia ni anak pengetua sekolah saya dulu…kawasan DUN sebelum ni dimenangi oleh BN dan wakilnya ialah cikgu pengakap saya dulu kami panggil dia cIk Jalal nampaknya dia digugurkan penggal ni..

Apa pun saya harap kempen dijalankan dengan bersih dan adil tidak kira sapa yang menang jalankan tanggujawab yang diberikan oleh rakyat dengan sebaiknya. Dan pada warga negara Malaysia inilah masa untuk anda memilih dan membuat kepututusan gunakan hak yang diberikan sebaiknya yosh…Selamat Mengundi. 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pelancaran Dana Baru - DALI 3

Isnin lepas dalam kesibukan sempat jugak pergi kepelancaran dana Islamik terbaru dari CIMB Wealth Advisor iaitu CIMB Islamic DALI Equity Theme Funds (DALI 3). Ramai jugak consultants yang hadir dan seronok bila jumpa member member lama beralih arah dalam industri nih.

Orait kelebihan Dana ini ialah memfokuskankan kepada pasaran tempatan dimana Malaysia masih dianggap pasaran yang bagus untuk pelaburan. Dengan krisis sub prima yang masih menghantui pasaran terbesar Dow Jones, Malaysia masih dilihat sebagai pasaran yang tidak menerima kesan besar dari impak tersebut.

Sektor yang menjadi pilihan:-

  1. Minyak dan Gas - Harga minyak dunia dijangka tidak akan menurun ketika saya menulis ni harga pasaran minyak mentah dunia sudah mencecah sehingga USD100 setong.
  2. Perladangan (Plantation) - Dengan dasar Kerajaan tentang pertanian dan kewujudan kerperluan Biodiesel dijangka sektor ini akan mecatat pertumbuhan yang besar anda boleh  lihak indeks CPO (kayo Pak Di :wink: ) yang semakin meningkat sekarang ni.
  3. Retail (Peruncitan) -  Sektor ini juga dijangka menerima impak yang besar dengan kadar inflasi yang dianggap masih rendah dan kuasa beli yang semakin meningkat.
  4. Construction - Dengan pengumuman kerajaan mengwujudkan koridor raya ekonomi dari Utara, Selatan, Timur dan Barat sektor ini juga dijangka memberi impak yang besar.

 So jika berminat anda boleh mula melabur mulai 28 February 2008. Ada 2 cara untuk anda melabur :-

  1. Tunai (Cash) atau Regular Saving (Autodebit Akaun/Credit Card)
  2. EPF (malalui akaun 1 dan berumur 18 tahun keatas) 

 boleh hubungi saya melalui contact form, email atau sms or phone 019-364 9613

“Knowledge for Happy Investing”

  p/s : jangan lupa baca Kisah Bilis Dan Jerung Berenang.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kisah Bilis Dan Jerung Berenang

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.

Baiklah hari ini saya berminat untuk menjadi seorang penglipur lara. Pernahkah anda dengar Ikan Jerung dan Ikan Bilis berenang bersama sama. Kalo dah pernah abis jer saya cerita anda citer plak diruangan komen yer mungkin citer anda version lain plak… he he.

Ada 2 Ikan bilis yang berkawan baik iaitu nemo dan cat.  Satu hari mereka berhasrat untuk mecari tapak permainan yang baru untuk bermain. Tapak yang baru ni memang sangat happening tetapi ditapak ini ada juga sekawan jerung yang juga suka bermain disitu. Keadan tapak permainan ini kadangkala tenang dan kadangkala bergelombang besar Cat dan Nemo behasrat untuk bermain bersama sama jerung tersebut.

Dalam masa bermain kedua dua sahabat ini bermain bersama jerung dengan cara yang berbeza Cat mengangap dia sudah cukup hebat dengan sedikit pengetahuan tentang sang jerung dan gelombang, cat merasakan dia mampu bertahan dan memenangi  permainan dengan bersaing dengan jerung jerung tersebut jadi dengan sedikit persiapan dia memulakan permainan. Ketika memulakan permainan kesemuanya berjalan dengan lancar dengan kekuatan arus yang agak sederhana  deras dia berjaya bertahan melepasi rintangan pertama malangnya oleh kerana terlalu yakin tanpa mengambil kira kekuatan dan kelemahan dirinya dia berhasrat bermain dengan lebih aggresif melawan arus yang lebih deras dari yang pertama malangnya oleh kerana tidak berupaya menagkis serangan arus deras ianya kecundang sehingga tidak dapat bermain lagi tetapi sang jerung terus bermain dengan rileks dan terseyum memandang cat.

Berbanding Cat, Nemo memilih jalan selamat ketika bermain  disitu. Dia telah berjumpa dan berkenalan dengan Mr Frankie seekor ikan pembersih sisa yang sentiasa berada dibawah perut jerung berkenaan dan sentiasa memberi maklumat tentang keadaan tapak permainan  kepada Nemo. Mr Frankie akan memberi maklumat tentang jerung jerung ni dan juga keadaan arus di padang permainan, bila jerung aggresive dan bila dia berkeadaan lemah. Jadi Nemo tidak perlu risau jika ingin keluar bermain kerana dia tahu waktu bila hendak pergi bermain dan bila waktu yang tidak sesuai untuk keluar  tambahan lagi adakalanya Nemo akan berenang bersama sama jerung untuk bermain walaupun tempiasnya kecil tapi Nemo berpuas hati kerana adakalanya dia mendapat kemenangan yang besar juga.

So jadi lah seperti Nemo jika anda tidak mengetahui tentang padang permainan anda belajar dulu ataupun dapatkan bantuan consultant macam Mr Frankie. Jika anda tidak mampu melawan Jerung yang bermain dilautan dan gelombang yang besar so bermain dulu dilautan yang tenang dapatkan informasi tentang keadaan cuaca dan padang permainan baru. Jika masih tak mampu anda upah saja sang jerung bermain untuk anda melalui Mr Frankie kerana dia mampu berenang didalam apa jua keadaan. Dalam bermain setiap hari adalah learning proses so be happy.

“Knowledge for Happy Investing”

  p/s : jika anda ada pendapat tentang cerita ini atau anda ada versi lain kisah ini boleh post diruangan komen yer. Maklumbalas dari anda amat di alu alukan. 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »