Rebranded!!!!

Ho ho cuba teka gambar apakah ini. Kalo lihat dari post saya sebelum ini saya tidak ada plan untuk mengeluarkan produk sendiri. Tapi tetiba ada plak gambar ni ho ho n jeng! jeng!. Sebenarnya dah lama saya nak buat tapi tak berkesempatan so kalo tak de aral minggu depan anda akan tau apakah gambar yang tak siap lagi tuh so tunggu ekkk tak perlu teka…

Khidmat Masyarakat

Simpati !!! itulah dapat saya gambarkan apabila berkunjung kerumah kanak kanak Tunku Budriah di Cheras Sabtu lalu. Ketika kebanyakan kanak kanak diluar berada di Sekolah dan mendapat segala keperluan masih ada yang memerlukan bantuan dan kasih sayang yang saya rasa amat jarang mereka rasai.

Walaupun banyak badan Koporat dan Individu yang menghulurkan sumbangan tapi pada saya mereka masih kekurangan kasih sayang, perhatian, belaian dan lain lain lagi yang ada pada seorang kanak kanak. Yang tidak tahu apa erti kehidupan.

Selama 8 jam bersama mereka tidak ada yang lebih mengembirakan mereka melainkan ada insan insan yang mampu melayan kerenah mereka yang kadangkala agak lucu juga pada penglihatan saya.

Kini saya sudah dapat merasai nikmatnya apabila dapat membantu orang lain yang memerlukan dan lebih faham mengapa ramai yang ingin membantu dan menghulurkan bantuan. Mereka amat menghargai, memerlukan perhatian dan kita dapat lihat seolah olah mereka lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Doa saya untuk mereka supaya menjadi insan yang berguna dimasa hadapan……..

p/s : tak dapat nak sertakan gambar kerana tidak dibenarkan

Hala Tuju TazaMfnBiz.Com

Masih dalam mood tahun baru (cehh dah 24 hari berlalu) ho ho. Sebenarnya saya sedang berfikir apakah hala tuju TazaMfnBiz.Com sebenarnya dan mungkin juga anda tertanya jugak bila baca tulisan tulisan saya sebelum nih macam mempromosi produk pas tu ada servis plak yang takder kena mengena dengan produk yang dijual pas tu ada citer pasal pelaburanlah plak kan. So kat bawah ni saya cuba untuk menghala tujukan blog ini supaya anda boleh tahu apa yang akan dilakukan oleh TazaMfnBiz.Com sepanjang tahun 2008 ini.

1) Perniagaan Internet

Untuk tahun 2008 ni dan seperti tahun sebelumnya juga fokus TazaMfnBiz.Com ialah kepada jual produk orang lain dalam erti kata lain ialah affiliate atau ProdukMaster Resell Rights tempatan dan juga kepada adsense. So saya memang tak der plan nak keluarkan produk sendiri. So fokus saya ialah jual dulu produk orang lain dulu untuk itu kesemua produk affiliate nanti saya akan letakkan di www.cy-ber-shop.com  yang sebelum ini menjadi web MLM Revell Global saya. Untuk web Revell Global akan berpindah ke subdomian www.cy-ber-shop.com/revell. Blog saya www.tazamfnbiz.com/blog akan maitain dalam tulisan berbahasa inggeris walaupun tajuk berbahasa Malaysia so untuk baca dalam BM leh lawati www.tazamfnbiz.com

2) Pelaburan (Unit Amanah)

Oleh kerana baru jer lulus Exam FMUTM maka matlamat saya ialah untuk menjadi Unit Trust Consultant yang berjaya disamping saya manage portfolio pelaburan unit amanah saya sendiri saya cuba untuk membantu anda yang ingin melabur tetapi masih samar samar tentang pelaburan unit amanah insyallah saya akan cuba bantu anda memahaminya. Kepada yang pernah hantar email tentang adakah Pelaburan Internet yang sah kepada saya. Minta maaf saya nyatakan setakat hari ini tidak ada Pelaburan Internet yang sah dari segi undang undang. Tapi alternatif boleh ceburi Pelaburan Unit Amanah sama ada Islamic atau Konvensional.  Maklumat lanjut boleh hubungi saya…..dan saya cuba update tentang pelaburan dalam unit amanah dari masa ke semasa.

p/s : Nak jadi Consultant under Platinum Agensi Dr Niki Suhada (NSG) juga boleh just contact me ok…

3) Masalah Kad Kredit.

Ho ho rasanya ramai yang telah terperangkap dengan Masalah Kad Kredit ni. Menurut statistik ada 8.8 juta Pengguna kad kredit di Malaysia dan lebih RM22 billion jumlah hutang kad kredit dan semakin meningkat. Ini adalah kerana Kad Kredit mengenakan kadar faedah yang tertinggi iaitu sebanyak 18% setahun atau 1.5% sebulan. Walaupun terkini kebanyakan Pengeluar Kad Kredit sudah mula memberi insentif pengurangan kadar faedah sehingga 15% setahun atau 1.25% sebulan kepada pembayar yang tak pernah miss membayar jumlah minimum setiap bulan tanpa ’skeep payment’ saya rasa ianya masih tinggi.

Jadi tumpuan saya :-

1) ialah membantu anda yang rasa bermasalah untuk membayar jumlah faedah kad kredit yang agak tinggi 18% setahun kepada serendah 5.5% setahun mengikut plan dan terma yang ditentukan. Dengan itu anda mempunyai lebihan wang untuk membayar perkara lain dan rekod anda bersama bank anda adalah bersih.

cth :

Kad Kredit limit : RM10,000.

Bayar bulanan RM500 @ RM10,000 x 5% (minimum payment)

Strukturkan semula dengan program kami:-

RM10,000/36 = 277.78 sebulan @ interest 6% per year @ 3 yrs.

So anda jimat RM222.22 sebulan.

2) Bagi mereka yang mempunyai kad kredit dan ingin mendapat cash untuk apa saja tujuan perniagaan atau peribadi dan mahu guna dengan kadar segera. Anda boleh dapat tanpa perlu mengisi dokumen dan 100% approval dengan syarat kad kredit anda masih aktif. Jumlah tunai tersebut anda boleh buat instalment seperti diatas.

persoalan:

Dimanakah saya perlu membayar instalment tesebut?

Masih di Bank yang sama dan statement bank yang sama.

* tertakluk pada syarat dan sila hubungi saya ditalian 019-3649613 untuk maklumat lanjut.

Orait itu serba sedikit hala tuju TazaMfnBiz.Com 2008 yang dapat saya ceritakan. 1 perniagaan dan 2 Servis yang saya lakukan untuk tahun ini sudah cukup rasanya untuk saya tidak duduk diam ho ho. Pada sesapa yang ingin mendapatkan 2 perkhidmatan diatas so jangan malu malu untuk contact saya semoga anda semua maju jaya….. 

FMUTM EXAM

Untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant langkah pertama yang perlu anda ambil ialah menduduki FMUTM exam. Ini bagi membolehkan anda mempromosikan produk produk pelaburan unit trust kepada bakal pelabur anda.

Ada 60 soalan dalam bentuk objektif dan anda hanya perlu menjawab 27 soalan dengan betul atau markah lulus 45%. Dah 2 bulan lebih saya mendaftar untuk peperiksaan ini so hari ni adalah hari saya menduduki peperiksaan tersebut dan….. Read more »

Langkah Pertama 2008

Salam semua pembaca.

Awal tahun ni banyak email yang saya terima dari email subsciber berbicara tentang azam, plan, produk, ebook percuma tak lupa jugak pada blog blog yang saya lawati ramai yang masih memperkatakan tentangnya. ….Saya sebenarnya tertarik dengan satu email yang saya terima dari tokey opt-in design saudara Kidino. Didalam emailnya lebih kuranglah yek apa yang dikatakan

Untuk mencapai apa yang anda cita citakan lakukan dengan langkah pertama. Ramai yang mempunyai perancangan dan impian tetapi tidak membuat apa-apa. Contoh kalo kita bercita cita nak jadi penyanyi apakah langkah pertama untuk mencapainya. Mungkin anda boleh start berkaroeke untuk mengasah bakat anda atau mula mendaftar kelas nyanyian yang lebih penting lakukan sesuatu atau langkah pertama untuk mencapai cita cita tersebut jangan biarkan ia menjadi angan angan saja.

So sebagi menyahut seruan itu semalam saya memulakan langkah pertama untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant bagi CIMB Wealth Advisor. Kelas tutorial pertama telah diadakan untuk mereka yang telah mendaftar menjadi seorang consultant unit trust dan peperiksaan FMUTM akan diadakan pada pertengahan bulan ni doakan saya berjaya yek!!.

Insyallah saya akan cuba update info info tentang pelaburan didalam unit trust dari semasa kesemasa dengan tujuan untuk memberi informasi yang betul tentang pelaburan unit trust.

p/s : semalam juga CIMB Fund Islamic baru telah dilancarkan Islamic Global Equity Fund. Potential Returns 15% p.a. Pelaburan World Class Global yang dilaburkan didalam pasaran dalam dan luar negara seperti Microsoft & Exxon Mobil. Harga seunit RM0.50 sebelum 25 January 2008. Sekiranya berminat untuk melabur atau maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 019-3649613.

Next Page »